"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

30 April 2011

Cara Disable Autorun dari USB Devices dan CD dalam Komputer anda.



Salam kepada semua…
Kita seringkali perasan bahawa setiap kali kita masukkan pelbagai USB component devices ke dalam Desktop atau pun Laptop sering kali timbul Autorun yang keluar pada komputer kita. Namun kita tidak perasan bahawa proses itu kadang kala akan menyebabkan proses pembiakan dan penyebaran virus dilakukan dalam komputer anda. Sebaik nya saya cadangkan dahulu, elok tekan butang CANCEL jangan OPEN. Bukalah melalui My Computer devices anda tersebut selepas di Scan menggunakan Antivirus. Namun demikian untuk mengelakkan masalah ini menjengkelkan mata anda sekalian, boleh juga gunakan cara di bawah untuk Disable proses Autorun tersebut. Ikutilah langkah di bawah;

Klik Start – Run. Selepas itu taipkan gpedit.msc dalam ruangan tersebut, tekan OK;
Anda akan dapat melihat bahawa tetingkap Group Policy akan dipaparkan;
Klik Computer Configuration - Administrative Templates - System
Pada ruangak panel sebelah kanan, anada akan melihat komponen  “Turn off Autoplay
Klik dua kali di dalamnya dan set-kan ia kepada Enabled, dan tukarkan “Turn off Autoplay on” kepada All Drives.
 
Selamat mencuba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan