"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

10 Mei 2009

Larian Jogathon PIBG SMK Melugu

Pada 8 Mei 2009, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Melugu telah menganjurkan Larian Jogathon. Objektif larian ini dijalankan ialah untuk mencari dana tabung PIBG dengan tujuan untuk persatuan ini mengerakkan aktiviti mereka dengan lancar. Tapak pelepasan dan penamat dilakukan di Tapak Perhimpunan SMK Melugu dan perlepasan larian disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En. Riji Gu dan Penolong Kanan 1 SMK Melugu, En. Horida Asai. Larian Jogathon ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki dan perempuan 13 ke atas, Junior 16 tahun ke atas, senior 18 tahun ke atas dan veteran 40 tahun ke atas. Pertandingan ini disertai kira-kira 150 peserta. Turut memeriahkan majlis ini ialah ibubapa para pelajar sendiri. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Melugu, En. Riji Gu.

Pada majlis ini juga, tiga buah sekolah iaitu SMK Melugu, SK Melugu dan SK Selepong turut menerima sumbangan cek daripada ADUN Bukit Begunan, En. Mong anak Dagang. SMK Melugu mendapat RM5000, SK Selepong, RM4000 dan SK Melugu, RM3000. Penyampaian cek tersebut disempurnakan oleh Cr. Ronald Chengir sebagai wakil kepada En. Mong anak Dagang. Dengan ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

RANGKUMAN AKSI-AKSI MENARIK..........


Para peserta tengah beradu tenaga. Kalau anda lihat di tepi tu.... Ha, itulah Lawrence yang berlari MINITON ambil gambar peserta......






Cikgu Ahmad Shahir tengah menukar gear rendah. Dapat sik pok. Mun sik dapat reverse jak.........




Cikgu Andrew Wilson Kawi mengecapi kejayaan berganda, iaitu menjuarai Jogathon Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman dan Jogathon SMK Melugu kali ini. Kuat juga bapa orang ini !!!!!!!





James Kemendan, atlit sekolah antara yang memenangi tempat pertama kategori Junior 16 tahun ke atas






Guru Besar SK Melugu sedang menerima cek daripada Cr. Ronald Chengir, wakil ADUN Bukit Begunan En. Mong anak Dagang.