"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

05 April 2020

KENAPA KITA PERLU CLEAR CACHE SELEPAS SELESAI URUSAN MENGGUNAKAN PERBANKKAN INTERNET??

Persoalan:-
Kenapakah cache perlu kosong setiap kali kita log out atau keluar dari laman webs perbankkan internet. Dimana seringkali ada arahan meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa ianya perlu dikosongkan???

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer. Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer. Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut. Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan. Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.


Persoalan:-
Bagaimana pula sekiranya komputer  yang kita gunakan untuk urusan perbankkan internet tersebut adalah kepunyaan kita sendiri???

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain? Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet. Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman. Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi. Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan. Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox. 
==================================

1. Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Internet Options'
*Klik 'General'
*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'
*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'
*Klik 'OK'
*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.


2. Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options'
*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik 'OK'

Namun demikian, bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'
*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.
*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'


3. Untuk membuang dan menghapuskan cache pada Google Chrome, kita boleh mengikuti panduan dan langkah seperti berikut:

*Klik pada Tanda 3 dot di sebelah kanan atas di hujung search bar
*Pilih menu Setting
*Scroll ke bawah dan di bahagian Privacy & Security pilih menu Clear Browsing Data
*Terdapat dua tab yang boleh kita pilih: Basic dan Advanced. Secara default, Chrome sudah memilihkan pilihan yang sesuai untuk kita buang pada menu Basic. Selanjutnya pilih Time Range: (All time, Last 4 weeks, Last 7 days, Last 24 hours, dan Last hour). Lalu, pilih Clear Data.

==================================
Inilah panduan berkenaan dengan cara mengosongkan atau clear cache yang ada dalam pelayar web yang kita gunakan. Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. Di sini, diberikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer,  Mozilla Firefox dan Google Chrome sahaja.

Selamat membaca dan diharap memberikan manfaat kepada semua.

Sekian, Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan