"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

30 April 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan Registry dalam sistem Komputer...?


Salam kepada semua dan selamat bertemu kembali.....
Sejak akhir-akhir ini, saya ada menerima emel dari rakan kita berbangsa melayu yang menyarankan saya menulis artikel dalam bahasa melayu terutama yang berkitan dengan komputer. Baiklah, kali ini saya akan tuliskan dalam bahasa melayu. Dan salah satu yang mereka cadangkan ialah berkaitan dengan REGISTRY dalam Microsoft. Mereka mengatakan banyak perisian yang terdapat di pasaran atau diperolehi secara percuma dari internet seringkali berkaitan tentang maintanance, editing dan defrag dan clean Registry, pada hal mereka tidak mengetahui apakah maksud Registry itu sendiri. Ok di bawah saya akan terangkan apakah konsep dan pengertian setiap paras dalam Registry. Untuk melihat di mana kandungan paras setiap Registry ini, anda semua boleh Klik pada RUN, kamudian dalam ruangan tersebut taipkan : regedit dan tekan OK.

REGISTRY dalam komputer adalah satu kumpulan direktori, sama ada mengandungi subdirektori atau fail yang dinamakan kunci (key) dalam Microsoft. Untuk makluman semua paras paling atas dalam Registry ini bermula dengan rentetan HKEY dan semua fail yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai yang hanya difahami oleh orang yang mahir dalam Operating Systems. Dalam Registry, terdapat 5 direktori paras atas iaitu;

Pertama:  HKEY_LOCAL_MACHINE: Ia mengandungi mesin dalam 5 subkunci iaitu;

1. HARDWARE: Menyimpan maklumat tentang perkakasan dan semua pemacu yang mengawal perkakasan tersebut
2. SAM(Security Account Manager) : Mengandungi maklumat berkaitan nama pengguna, kata kunci dan ahli sereta pelbagai ciri-ciri keselamatan yang ada).
3. SECURITY: Mengandungi maklumat keselamatan berkaitan komputer.
4. SOFTWARE : Mengandungi dan menyimpan berkaitan tentang perisian yang digunakan dalam komputer
5. SYSTEM : Menyimpan maklumat berkaitan tentang system dan proses Booting yang digunakan seperti senarai pemacu peranti yang digunakan apabila sistem dihidupkan.

Kedua: HKEY_USER : Menyimpan maklumat berkaitan profil bagi setiap pengguna sistem komputer. Semua maklumat berkaitan pengguna akan dimasukkan ke dalam ini, contohnya DesktopWallpaper yang digunakan.

Ketiga: HKEY_PERFOMANCE_DATA: Yang ini merupakan paras yang mengandungi beratus-ratus pembilang yang akan memantau prestasi keseluruhan sistem

Manakala tiga direktori di bawah merupakan simbolik pautan kepada direktori yang lain dalam Registry iaitu:

HKEY_CLASSES_ROOT: Menunjukkan kepada direktori yang mengendalikan objek COM( Component Object Model) yang melibatkan pautan antara fail dan aplikasi yang digunakan.

HKEY_CURRENT_CONFIG : Menujuk kepada pautan kepada konfigurasi perkakasan semasa yang digunakan.

HKEY_CURRENT_USER:  Merujuk kepada pengguna semasa yang menggunakan sistem

Selamat Membaca.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan