"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

24 April 2020

BERHATI-HATI BILA MEMASANG PERISIAN KE DALAM PERANTI ATAU TELEFON PINTAR ANDA.

Mungkin ramai kita tidak mengetahui, antara kaedah pengodaman paling mudah adalah melalui peranti pintar / telefon pintar apabila kita memasang/install aplikasi sesuka hati. Jika anda ada memasang/install aplikasi seperti ini yang mempunyai kebenaran untuk mengakses tetapan/setting penting peranti, sudah tentu data dan maklumat anda begitu mudah untuk dicuri.

Maklumat yang baharu diperolehi oleh pasukan keselamatan sekuriti Cyber News melaporkan sebanyak 101 aplikasi yang mencurigakan yang datangnya dari 27 pembangun/developer. Jumlah muat turun aplikasi-aplikasi ini yang lebih dari 68 juta menunjukkan sudah ramai pengguna yang memasangnya dalam peranti mereka.

Menurut pasukan keselamatan sekuriti Cyber News, aplikasi-aplikasi ini tidak patut berada dalam peranti anda atas beberapa sebab iaitu:-

a. Jumlah akses tetapan/setting yang terlampau banyak.

b. Ada antara fail APK aplikasi telah dicuri dari pembangun/developer yang lebih popular.

c. Kebanyakan APK aplikasi ini adalah salinan antara satu sama lain.

d. Pembangun/Developer menggunakan nama samaran yang palsu seperti nama pemain bola sepak seperti Kylian Mbapee

Jika dilihat, apa yang mencurigakan adalah signifikan aplikasi ini meminta keizinan akses pada tempat yang tidak sepatutnya. Antaranya adalah seperti aplikasi panggilan yang mahu mengakses kamera, aplikasi kalkulator yang mahu mengakses muzik, aplikasi suntingan gambar yang mahu mengakses rakaman audio, aplikasi galakan memori yang mahu mengakses lokasi dan lain-lain lagi lagi jenis aplikasi.

Ada kemungkinan besar aplikasi-aplikasi ini berniat untuk mencuri data anda. Jika anda memberikan kebenaran untuk aplikasi-aplikasi ini untuk dipasang di dalam peranti atau telefon pintar anda, sudah tentu aplikasi tersebut boleh melancarkan perisian hasad/malware, membuat panggilan, menghantar mesej dan beroperasi tanpa disedari.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkara di atas dan senarai 101 aplikasi yang perlu dibuang berserta pembangunnya, anda boleh lihatnya di pautan bawah ini;

Terima Kasih.