"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

21 Mei 2009

Majlis Makan Malam Sempena Hari Guru Peringkat Negeri

Pada 19.05.2009, pukul 7.00 petang di Dewan Suarah, saya telah menghadiri Majlis Makan Malam sempena Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sarawak. Pada majlis tersebut saya bersama rakan sejawatan lain dari SMK Melugu telah diperuntukkan 2 meja.

Tuan Pengetua tengah sibuk mengambil gambar.... Uji bisi karaoke ne kaban......pia ko Cikgu Johnny.....

Majlis tersebut dirasmikan YB. Francis Hardin, di mana pada malam tersebut juga beliau turut menyampaikan sumbangan beliau kepada PPD Sri Aman. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman. Majlis tersebut turut di meriahkan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang berhampiran dan juga daripada warga pendidik sendiri.

Pada tahun ini pelbagai kegiatan aktiviti dijalankan di Sri Aman sebagai tuan rumah sambutan hari Guru tersebut. Saya sebagai warga pendidik yang berasal dari Sri Aman amat berbangga kerana kepercayaan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan