"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

21 Mei 2009

Kursus Perundangan SMK Melugu


Pada bulan ini pelbagai aktiviti yang melibatkan saya dijalankan di SMK Melugu, di antaranya ialah Kursus Perundangan. Kursus ini melibatkan semua warga pendidik di SMK Melugu. Kursus ini dijalankan untuk mendedahkan kepada guru tentang kewajipan guru mengetahui etika dan pengurusan yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum. Yang penting sekali kursus ini menekankan etika seorang penjawat awan terutama yang melibatkan Perintah-Perintah
Am .

Cikgu Awang Amir sedang sibuk berbincang dengan Cikgu Musa berkaitan tentang Perintah Am. Topik mereka ialah berkaitan pertanyaan cuti bersalin isteri.....

Kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu guru, di mana didalam mereka menumpukan kerja dalam proses P & P setidak-tidaknya mereka boleh diingatkan bahawa perlu ada garis panduan penting bagi mereka di dalam melaksanakan tugas-tugas harian mereka.

1 ulasan: