"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

21 Mei 2009

Forum Pendidikan Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2009

Pada 20.05.2009, bertempat di Dewan Hollis Tini, SMK Sri Aman, saya telah menghadiri Forum Pendidikan Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak. Majlis ini dikendalikan oleh SMK Melugu dan PPD Sri Aman. Pada majlis tersebut saya bertindak sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Buku Program, bersama Cikgu Julia Lim, dimana kami berdua telah diamanahkan mencetak kira-kira 500 salinan brosur untuk diedarkan kepada tetamu yang hadir

Cikgu dari Melugu tengah sibuk menyiapkan ole...ole... untuk peserta.
Cikgu Julia sedang
sibuk berbaris untuk
mendaftar.

Pengerusi Forum tersebut ialah Dr. Lambat anak Lindong, Pengetua SMK DP. Kedit Betong, manakala ahli panel terdiri daripada En. Abdillah b. Adam, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Batu Lintang, Puan Hajah Mastura bt. Hj. Anuar, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abg Haji Openg, Kuching dan En. Phang Sin Nan, Guru Cemerlang Kolej Datu Patinggi Abg Haji Abdillah, Kuching.Forum tersebut bertujuan menghuraikan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa" dari pelbagai skop.

Antara para peserta yang sedang duduk mendengar ulasan daripada ahli panel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan