"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

04 April 2020

SEPULUH TIPS CARA MENGGUNAKAN KOMPUTER DENGAN SELAMAT

Di sini dinyatakan 10 tips menggunakan komputer dengan selamat.

1. Patch

  • Tetapkan komputer anda untuk menerima update perisian dan sistem operasi secara automatik. Komputer yang tidak diupdate akan lebih senang dijangkiti virus dan dieskploitasi.

2. Pasang perisian perlindungan

  • Memasang perisian perlindungan seperti antivirus dalam komputer anda amat penting bagi memastikan komputer sentiasa dilindungi daripada virus, malware, worm, trojan dan sebagainya. Sebolehnya gunakan antivirus yang berlesen kerana ia memberi perlindungan yang lebih baik berbanding antivirus yang percuma.

3. Pilih kata laluan yang kuat

  • Pilih kata laluan yang kuat untuk komputer anda dengan menggabungkan nombor, huruf dan aksara khas.  Anda juga dinasihatkan untuk selalu menukar kata laluan anda untuk mengelakkan komputer anda daripada senang diceroboh.

4. Backup data

  • Ingat, Sentiasa backup data atau fail-fail penting yang terdapat dalam komputer anda! Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian, kebakaran atau terpadam fail secara tidak sengaja berlaku, anda masih mempunyai salinan terhadap fail-fail tersebut. Lakukannya sekerap yang boleh.

5. Kawal akses penggunaan komputer

  • Pastikan anda log keluar daripada akaun sebelum meninggalkan komputer anda, walaupun untuk seketika.

6. Gunakan Internet dan emel secara selamat

  • Sekiranya anda ingin memuat turun fail daripada Internet atau emel, pastikan sumber tersebut adalah sumber yang boleh dipercayai.

7. Gunakan rangkaian / sambungan yang selamat

  • Pastikan anda menggunakan rangkaian atau sambungan yang selamat ketika menggunakan Internet terutamanya ketika melakukan transaksi pembayaran atas talian atau online banking.

8. Lindungi data yang sensitif

  • Encrypt data-data penting anda untuk mengurangkan risiko kecurian identiti dan menghalang pihak luar daripada mengeskploit data anda.

9. Pasang firewall desktop

  • Gunakan firewall desktop untuk melindungi fail-fail dalam komputer anda daripada dicerobohi.

10. Sentiasa update

  • Pastikan anda sentiasa peka dengan perkembangan  terkini sistem operasi seperti Windows dan Unix. Anda boleh mendapatkan perkembangan tersebut dengan melayari laman web rasmi mereka.

~TERIMA KASIH~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan