"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

19 Mac 2020

"STAY AT HOME" :- KASIHKA DIRI EMPU, KASIHKA DIRI SEBILIK & ORANG BUKAI.

Berengkah ari 18 Mac sampai ke 31 Mac 2020, perintah udah ngeletakka atur ngawal mensia mayuh enda kelalu mindah enti nadai bangat kebuah. Kebuah pia laban dikena nyeliah ka utai ke enda manah nyadi bekaul enggau pengerekai igi penyakit COVID-19.

Nyadi utai tu digaga ukai tuju dikena ngenusahka kitai tang dikena ngawal utai tu awakka enda jampat nyadi. Enda ibuh aku nyebut nama utai ke enda tau dikerja maya atur tu digaga, tang aku deka bejuraika sekeda ulah kitai mensia ke balat bendar agi anggap utai bakatu enda tau nganu laban ko sida bedau bisi dipeda mata lalu bakani gaya pemesai penusah utai bakatu nyadi. Engka nya ga kebuah ia kini. Dipeda sebelah pasar agi bisi ga sekeda bebai ke anak mit serta bala anak nurun bebelika barang. Pia mega agi bisi ga anak sekula ke bebitau bekena ka motosikal sebelah pasar, sebelah lorong jalai rumah ke alai diau serta tempat bukai duduk berandau enggau pangan diri begelumu tiga empat iko...

Ia kini ke apa sida tu??. Enda ulih ke nyebut seleka dua jaku betagang ke sida ari ke bebitau keluar enda temu tuju bakanya. Anang lali wai, ujung penusah ukai pulai ke orang bukai lagi, kitai ke napi ia. Anang ngelakka anak kitai ngambi peluang ari utai ke sunyi bakatu sampai sida ngereja utai ke enda manah agi. Ari peda gaya berindik ari atur ke ngasuh diau ba rumah agi bisi ga apai indai pun lemai enggau diri sebilik ngambi peluang berandau enggau bala kaban sepiak rumah ba taman-taman rumah serta genturung rumah sampai nyau mayuh bebai ke bala anak. Ke batang kenang mayu ke pasal igi penyakit tu ga ke mayuh dikerandau sida .

Anang enda betati bala kaban orang ngasuh kitai nyaga diri kira dua minggu tu. Ukai ngena cara nya kitai muai jam ketegal nadai batang pengawa. Kita ga enda nemu orang ke enggau kitai berandau nya bakani ke pengerai ia, sapa ke nampil lalu sapa ke ngulai ia, ukai ga ngajihka rangkang ngachuk mata. Anang asai likun ngumbai diri tauka orang gerai. Manah mantang diri diau mendam ba rumah. Enda nya bangat lama ngetatka diri diau ba rumah. Enti sama ne.mu serta sama merti ke utai bakatu, kita semua nemu enda ga ia mudah ngerembai serta ngerampit ngagai siko-siko kitai.

Agi asai engkual ga ati maya meda agi bisi ga mensia enda nemu pasal atur ke dipejalaika perintah tu. Bisi agi ga meda mensia tumu pagi agi begusung ke kedai makai beirupka kopi, duduk makai. Pia mega bisi ga sekeda kedai agi dibuka ngasuh orang makai duduk ba kedai. Pia mega agi bisi ke nyau mai sekayu bilik bebeli ka barang ba  sebelah kedai pemeli barang, nyau begau baka ke 'nyuping' Engka kebuah laban ari keterubah kini tauka endang sengaja enda nemu. Maya bebelika barang anang ga nyau beringkuk raya dulu laban awakka sama bisi bagi ngampitka orang. Enti sama bebelika barang baka selama chukup ga ia. Kitai nangi ka kedai ngambi peluang niki ke rega ga enti cara kitai bakanya. Maya meli pen anang nyau mai sekayu rumah sempal sebilik, umbas meh kitai siko aja meli ke patut ulih kena kitai dulu. Lagi enti sama mayuh nyau sekut, enda manah ga ia laban kitai enda nemu sapa ke ngimbai serta berimbas berindas enggau kitai. Sama ingat ke atur au, anang ngemandaika diri ngumbai diri pandai ngena pala diri empu aja. Pikir ka orang bukai laban Petara ukai ngasuh kitai siko aja berindik beridup ba dunya tu. 

Ke sekali tu mega kitai patut meri besai terima kasih ngagai bala raban penyaga menua serta pengelikun ianya bala polis enggau sida ari opis bukai laban udah beati amat bekerja kena nagang utai tu ngerembai ke siti-siti tempat. Pia mega terima kasih nuju sida ke kerja ba Opis Pemadah ke bendar meri penerang serta jaku lalu nuju mensia mayuh awakka sida diau ba rumah. Enyau ngena spika musin pasar ngena van sida ngelalau mensia mayuh. Pia mega sida ba radio serta TV ke nyauka tiap jam madahka penerang serta jaku gerah pasal penyakit tu. Terima kasih mega nuju semua ia ke kerja ba Opis Pengerai laban udah bendar bekerja serta gawa kena napi mensia ke bisi enda tentu pengerai ketegal igi penyakit tu. Arapka kita semampai besabar lalu kami semampai mega besampika pengerai kita serta diri sebilik ke ngulai nampil kita. 

Sama-sama meh kitai besampi nuju Petara arapka kitai diibun serta diseliahka ari penusahka bakatu. Sama meh ngintu pengerai diri enggau manah. Intu pemeresi diri serta kempaun rumah ke alai kitai diau. Dinga ke gerah serta atur ke udah digaga perintah. Enti semua kitai sama mikir ke orang, enda mikir ka pala diri, utai bakatu ulih seliah. Anang ngembuan ati tenggik laban enti nama-nama nyadi kitai ukai semina ngenusahka diri sebilik aja tang tau ngenusahka diri empu enggau orang bukai. Kena meh peluang tu enggau kitai diau diri. Anang ngesal dudi, manah ninga dulu laban ngesal dudi nadai reti.

Nya Aja, Terima Kasih.
~Aya Kemayang Panas~
********************************************

*Ambi ke lalau serta ungkup penemu kitai semua, dibaruh tu disertaka jurai penuh senetang COVID-19 ke bisi dikeluarkan laman web Sinar Harian kena ka 19/3/2020 ari Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Pensyarah Kanan di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.*

Terdapat beberapa jenis koronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Koronavirus terbaru yang ditemui di China ialah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Jangkitan Covid-19 boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Apabila wabak Covid-19 melanda sudah pasti wujud persoalan asas tentang empat perkara: Bagaimana kita boleh dijangkiti oleh penyakit tersebut?; Mengapakah penyakit tersebut boleh merebak dengan pantas?; Bagaimana melindungi diri daripada dijangkiti? dan bagaimanakah penyakit tersebut boleh dirawat?

Covid-19 merupakan jangkitan berasaskan titisan dan boleh disebarkan secara langsung antara manusia atau melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar.

Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair daripada hidung dan mulut iaitu pesakit yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan disedut oleh individu yang berdekatan.

Penyakit ini boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair daripada pesakit mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti tombol pintu dan telefon).

Individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan, mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit (seperti tinggal serumah atau bekerja di pejabat yang sama) dan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit yang dijangkiti. Tanpa rawatan awal pesakit boleh menemui maut.

Kajian mendapati Covid-19 dapat hidup di permukaan selama empat hingga lima hari tetapi ada yang dapat bertahan selama sembilan hari di luar tubuh pada suhu bilik manakala suhu rendah dan kelembapan udara yang tinggi terus meningkatkan jangka hayatnya.

Di Malaysia sehingga 10 Mac, sejumlah 129 kes jangkitan Covid-19 telah direkodkan manakala 262 lagi kes masih menunggu ujian makmal selain melibatkan 4,026 kematian di seluruh dunia.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak ini. Penyakit ini mudah merebak dan dijangkiti kerana kita hidup dalam satu kelompok masyarakat yang besar. Malahan apabila manusia bergerak dari satu tempat atau kawasan ke tempat/kawasan lain, penyakit ini boleh disebarkan kepada tempat/kawasan dan individu malahan masyarakat di situ.

Seawal tahun 1300-an lagi, manusia dilanda kebimbangan dan ketakutan tentang penyakit yang mana ketika itu penjelajah dari Eropah mengunjungi negara China dan dijangkiti oleh penyakit Maut Hitam atau Black Death dan mereka kemudiannya membawanya pulang ke Eropah dan menyebabkan berlakunya epidemik yang mengorbankan 65 juta orang.

Pada era moden, penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang juga bermula di China pada tahun 2002 pula telah mengorbankan sejumlah 774 orang di seluruh dunia. Sebagai langkah pencegahan dan mengelak daripada dijangkiti, masyarakat dunia ketika itu turut mempraktikkan pemakaian topeng muka (mask). Di Ontario, Kanada, semasa berlakunya SARS seperti juga Covid-19, wujud panik dan ketakutan melampau terhadap penyakit itu sehingga penduduk tidak dibenarkan melancong bagi mengelakkan penyakit itu daripada tersebar.

Namun, sejarah kesihatan membuktikan bahawa kecemasan dan kebimbangan akibat jangkitan epidemik sesuatu penyakit seperti Covid-19 tidak akan berpanjangan. Setelah faktor jangkitan penyakit dapat dibendung dan faktor penyebabnya dapat dikurangkan, kecemasan dan kebimbangan tersebut akan bertukar menjadi kealpaan dan sikap ambil mudah kembali menjejaskan amalan hidup sihat. Sikap ambil mudah tentang kemungkinan berlakunya sesuatu jangkitan telah diakui oleh agensi-agensi kesihatan antarabangsa sebagai faktor utama yang menyebabkan program-program pencegahan gagal dilaksanakan secara berkesan.

Misalnya, seseorang individu yang mempunyai gejala atau simptom Covid-19 akan secara tidak langsung menjadi penyebar kuman penyakit tersebut, tetapi kealpaan dan sikap ambil mudah menyebabkan beliau tidak mengambil langkah awal seperti mengehadkan pergaulan dengan orang lain seterusnya menjadi pembawa atau vektor penyakit berkenaan menyebabkan penyakit ini tersebar secara meluas di kalangan masyarakat.

Justeru, di Malaysia telah ada kerangka perundangan khas bertujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Terkini sejumlah 24 penyakit berjangkit mengancam nyawa telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), antaranya ebola, malaria, tibi, demam denggi, kolera dan plague.

Konsep pencegahan penyakit juga adalah sebahagian daripada ekosofi Islam yang mana umat Islam telah diajar supaya kekal dalam keadaan bersih untuk tidak menyebabkan jangkitan penyakit, antaranya mengamalkan membasuh tangan sebelum makan, tidak menghembus nafas ke dalam bekas minuman, menutup makanan dan kantung minuman serta bersuci dengan tertib menggunakan air mutlak.

Mungkin vaksin melawan Covid-19 akan ditemui tidak lama lagi kerana ahli sains sedang berusaha menemukannya untuk melawan penyakit ini. Namun sebelum vaksin ini ditemui sebagai langkah pencegahan amalkan perkara-perkara asas dan mudah bagi mengelakkan orang lain dari dijangkiti kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Antaranya:

1. Elak atau menangguh untuk mengunjungi negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan Covid-19. Kawasan yang mempunyai jangkitan bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh pihak berkuasa awam kebangsaan seperti China, Korea, Jepun, Itali dan Iran.

2. Elakkan daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.

3. Buat sementara waktu, elakkan kelaziman berjabat tangan dan berlaga pipi.

4. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap basuh tangan terutamanya selepas batuk atau selesema menggunakan air dan sabun antara 15-20 saat. Tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih tangan berasaskan gel juga boleh digunakan. Menggunakan penutup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai. Perkara ini sangat penting kerana pengamalan kebersihan mengurangkan risiko penyakit.

5. Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama apabila menyentuh mata, mulut dan hidung. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah selepas menggunakannya.

6. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.

7.Elakkan diri daripada mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi seperti di tempat awam serta majlis keramaian. Jika tiada pilihan, lindungi diri anda dengan pemakaian penutup hidung dan mulut yang sesuai.

8. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini di televisyen, akhbar atau internet.

9. Mendapatkan rawatan segera di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Langkah membendung penularan jangkitan Covid-19 tidak akan berkesan sekiranya masih terdapat individu-individu yang mempunyai gejala penyakit ini walaupun ringan tetapi enggan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mengurangkan risiko kesihatan adalah satu antara tuntutan maqasid syariah yang bertujuan memastikan keselamatan dan kesejahteraan nyawa. Justeru, perkara terpenting adalah untuk berada pada tahap yang paling bersih dan sihat, meminum banyak air dan makan makanan berkhasiat yang dimasak sepenuhnya, khususnya makanan berasaskan haiwan selain kerap membasuh tangan dengan sabun.

*Sumber : Sinar Harian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan