"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

17 Jun 2010

PRA-SEKOLAH KAMPUNG SAPAK,PANTU SIAP.!!!!!

Salah satu kemudahan luar bandar yang cukup dirasai di kampung kami ialah telah tertubuhnya Pra-Sekolah untuk penduduk luar bandar yang merupakan salah satu perintis di Negeri Sarawak seperti yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin baru-baru ini. Pra-Sekolah ini merupaka antara salah satu alternatif kerajaan untuk mamajukan dan menaiktaraf kemudahan pendidikan di luar bandar bermula dari pra sekolah.
Projek menyiapkan pra sekolah ini telah dimula pada pertengahan bulan Mac dan telah siap
sepenuhnya pada pertengahan Mei lalu. Bangunannya mampu menempatkan dua buah kelas dan dau bilik untuk kakitangan dan pengajar. Lokasinya yang strategik di persimpangan 3 kampung menjadikanya agak sesuai. Dengan kemudahan ini, maka ianya dapat menampung sekitar 10 - 15 bakal pelajar di kawasan kampung. Tambahan pula dengan tertubuhnya pra-sekolah ini maka tidak payahlah ibubapa pelajar nanti menghantar anak mereka ke pra di SK Pantu yang lokasinya agak jauh dan melalui jalan balak yang agak merbahaya terutama sekali pada musim hujan.
Majlis Perasmian bangunan ini nanti akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Pelajaran iaitu Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin pada 26 Jun 2010 sekitar jam 3 petang ditapak pra-sekolah ini. Dengan ini penduduk kampung yang ditemui berasa sungguh gembira kerana bukan setakat dapat merasmikan bangunan ini, malah bertemu dengan beliau sebagai Timbalan Perdan Menteri. Setakat 15 Jun, penduduk kampung telah membuat persiapan yang rapi dan telah menyambut beberapa lawatan
yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah(PPD), Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak(JPNS) malah dari Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk memantau projek dan persiapan yang akan dilakukan bersama penduduk kampung. Di sini saya sebagai pendidik dan berasal dari kampung ini berasa amat gembira dengan tertubuhnya pra-sekolah ini.
Gambar di atas menunjukkan beberapa pegawai dari KPM. JPNS dan PPD Sri Aman sedang menikmati jamuan, berbincang dan mengatur persiapan dengan para penduduk kampung untuk upacara pembukaan yang akan dilakukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Jun 2010 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan