"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

23 Oktober 2014

PENGENDALIAN KURSUS PROGRAM LATIHAN KHAS (PLUG) UNTUK GURU MATA PELAJARAN TMK TAHUN 5 PERINGKAT DAERAH SRI AMAN.

Pada 23 - 24.10.2014, iaitu selama dua hari bertempat di Makmal Komputer di SMK Simanggang, telah diadakan Kursus Program Latihan Khas (PLUG) Untuk Guru Mata Pelajaran TMK Tahun 5 Peringkat Daerah Sri Aman. Kursus ini merupakan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman dengan dibantu oleh dua orang Jurulatih dari sekolah menengah yang ada kelayakan pengkhususan IT(Teknologi Maklumat) di mana sekolah menengah di daerah tersebut ada menawarkan mata pelajaran ICT di peringkat Peperiksaan SPM iaitu saya sendiri dan Cikgu Hii Sing Yieng dari SMK Simanggang.


Matlamat utama kursus dua hari ini ialah untuk mendedahkan para guru yang bakal mengajar mata pelajaran TMK Tahun 5 untuk tahun 2015 dengan dua modul utama yang bakal diajar iaitu melibatkan Tajuk Sistem Rangkaian dan Dunia Internet dan juga Dunia Pengkalan Data. Program dan penawaran mata pelajaran TMK di peringkat sekolah rendah dilihat satu langkah positif untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan asas TMK yang sekarang ini dilihat merupakan salah satu keperluan kepada pelajar untuk menerokai dunia TMK dalam pembelajaran mereka di samping meningkatkan pengetahuan para guru dengan dunia TMK yang semakin diperlukan dalam dunia pendidikan


Kursus ini disertai oleh semua guru yang bakal mengajar subjek ini untuk Tahun 5 bagi tahun 2015 di Daerah Sri Aman. Ianya juga dibantu dan diuruskan oleh para pegawai dari PPD yang bertindak sebagai Urusetia iaitu  Cikgu Mersir Sarap dan Cikgu Skeeter Albert.



Dilihat guru-guru dengan penuh perhatian mendengar penerangan dan mengaplikasikan teori modul semasa sesi menghasilkan Pengkalan Data menggunakan Microsoft Office Access.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan