"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

19 Jun 2009

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2009.

Pada 29.05.2009, sekolah kami telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini agak lewat diadakan memandangkan sekolah SMK Melugu telah diamanahkan sebagai tuan rumah bagi mengelolakan Majlis Keilmuan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak. Perutusan Menteri Pelajaran telah dibaca oleh Cikgu Horida Asai, Penolong Kanan 1, manakala perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Cikgu Andin Simanggang, Penolong Kanan HEM. Tuan Pengetua Tuan Haji Hossin Bin Fauzi juga turut memberikan ucapan disamping wakil pelajar.


Di antara para guru yang sedang duduk dan bersemangat dalam menjayakan majlis tersebut

Pada majlis tersebut di antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Tema Hari Guru Tahun ini iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa", lagu Guru Malaysia dan lagu Pendidik Bumi Kenyalang dikalangan para guru. Majlis ini juga turut menampilkan persembahan pelajar. Pada majlis tersebut guru yang lahir antara bulan Januari hingga Jun turut menerima hadiah Hari Jadi daripada pelajar disamping tanda mata dari para pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan