Kita seringkali sakit hati dengan komputer kita apabila berlaku operasi tidak aktif ataupun lebih mudah lagi berlakunya kejadian komputer “ NOT RESPONDING” pada komputer anda. Secara mudahnya saya memberikan sedikit tips untuk mengatasi masalah ini.
1. Klik kanan pada Desktop anda, kamudian pilih New dan klik Shortcut.
2. Selepas tetingkap dibuka taipkan baris berikut di dalamnya;
Taskkill/F/FI “NOT RESPONDING”. Ingat taip tanpa tanda kurungan
3. Selepas itu klik Next dan namakan shortcut tersebut dengan nama KillNotResponding dan klik Finish.
4. Anda akan melihat satu shortcut baru dipaparkan dalam Desktop anda.
5. Maksudnya setiap kali komputer anda Not Responding atau pun Hang, klik dua kali shortcut tadi, maka proses tersebut akan tamat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan