05 April 2020
KENAPA KITA PERLU CLEAR CACHE SELEPAS SELESAI URUSAN MENGGUNAKAN PERBANKKAN INTERNET??
PEMANAH SERTA GUNA ANTIVIRUS SMADAV DALAM KOMPUTER.
Antivirus Smadav bisi ngembuan teknologi ia empu kena ngetanka virus disebarka ba komputer ari USB Flashdisk tauka kitai selalu nyebut ari Pendrive. Ngena Smadav tu mega ia ulih 100% muai serta repair/ngaduka semua fail kitai ke bisi dalam Pendrive lalu nyelamatka Komputer kitaii. Antiivirus tu mega enda ibuh bangat selalu kitai uodate ia. Kitai tau set ia automatik setiap ari setiap minggu tauka setiap bulan tauka kitai empu update ngena cara manual.
CARA MENGATASI KOMPUTER ATAU LAPTOP YANG LAMBAT SEMASA STARTUP.
Dalam mengenalpasti masalah ini, langkah pertama yabg perlu dilakukan adalah mengesan puncanya terlebih dahulu dan anda perlu memastikan sama ada adakah ianya berpunca dari komputer itu sendiri. Sebagai contoh, ada satu ketika komputer anda berasa lembab ketika anda menaip di mana-mana Micorsoft Office atau komputer menjadi lambat ketika anda ingin membuka folder-folder dalam komputer. Ini bermakna anda perlu mencari punca-punca bagi masalah tersebut. Sebagai permulaan, anda perlu memeriksa berapa banyak ruangan yang masih kosong pada storan yang menempatkan sistem operasi (Operating Systems spt Windows 7, Windows 8, Windows 10)
Windows sebenarnya memerlukan ruang untuk membuat fail-fail ketika sistem sedang beroperasi. Jika ruang storan anda hampir penuh, ia bakal menjejaskan prestasi komputer anda. Oleh itu, anda perlu mengosongkan atau memindahkan fail-fail kurang penting untuk memberikan ruang untuk sistem operasi anda melaksanakan pengoperasiannya.
Selain daripada di atas, anda juga boleh menggunakan tool seperti System Configuration yang sedia ada di dalam Windows untuk mengatasi masalah komputer lembap dan lambat. Ketika komputer anda mula dihidupkan, banyak aplikasi-aplikasi dan perisian yang dihidupkan bersama. Ia boleh menyebabkan waktu boot untuk komputer anda menjadi lebih lama. Keadaan menjadi lebih buruk jika komputer anda merupakan versi lama sebagai contoh:- (Intel Pentium 4, RAM DDR 512 MB misalnya), bermakna anda perlu mengatur mana yang kurang penting di dalam System Configuration melalui tab Startup. Untuk pengguna Windows 10, Startup Item akan dibuka melalui tab di Task Manager.
Langkah untuk menggunakan System Configuration adalah dengan menaipkan msconfig pada ruangan carian untuk Windows 7 atau pada kotak Run untuk Windows XP.
Seterusnya, pergi ke Startup Item dan pilih item-item yang perlu kita disabe, yang dirasakan boleh menjadikan komputer anda lembab bila nak on seperti Google Update, Adobe Photoshop, Media Booster, Spotify, Steam Client Bootstrapper dan banyak lagi contoh perisian dalam keadaan secara automatik serentak beroperasi pada startup.
Untuk pengetahuan, pastikan anda tidak mengusik item-item berkaitan Microsoft Corporation di bawah kolum Manufacturer. Jika anda tidak dapat benar-benar memastikan program atau aplikasi mana yang perlu di’disable’kan, biarkannya sahaja tanpa perlu diusik apa-apa.
Akhir sekali, setelah selesai setiap lamgkah, klik OK dan restart komputer anda. Selepas komputer hidup semula, anda mungkin merasai perbezaannya yang lebih pantas dan lancar berbanding sebelum ini.
Sekian, Terima Kasih.