Salam sejahtera, sebelum ini saya ada menulis satu artikel berkaitan tentang tanda-tanda serangan virus pada komputer anda. Ramai yang bertanya terutama dikalangan pelajar bertanya kenapakah Pendrive mereka banyak mengandungi ikon Shortcuts, malah banyak folder dan fail mereka menjadi shortcuts. Lebih senang saya katakan bahawa pendrive anda telah terkena jangkitan virus. Pendrive anda mungkin terkena jangkitan semasa anda memasukkannya ke dalam komputer orang lain yang mengandungi virus.
Kebiasaannya saya telah memberitahu sebelum ini, senang saja caranya iatu pastikan komputer anda mempunyai Antivirus dan hendaklah Update/Kemaskini Antivirus anda selalu. Sekarang banyak Anti virus free edition yang boleh anda muat turun dari internet. Pesanan ini saya tujukan kepada para pengguna yang baru tahu menggunakan aplikasi komputer, terutama pelajar sekolah yang menggunakan netbook 1 Malaysia yang telah diagihkan. Dalam pada anda leka menggunakanya, ingat jagalah sistem komputer anda.
Baiklah bagi mengatasi masalah timbulnya ikon Shortcuts di atas senang saja cara mengatasinya;
Pertama, pastikan komputer anda ada Antivirus yang telah dikemaskini database nya.
Kedua, pastikan anda telah download dan copy dan paste Perisian USB SHOW yang telah saya katakan dan siarkan sebelum ini, senang saja copy dan paste di Desktop anda.
Ketiga, Langkah selepas itu gunakan USB Show untuk buka Pendrive anda dalam My Computer. Selepas selesai proses itu, baru imbas/scan pendrive anda. Kamudian buka Pendrive anda. Anda akan mendapati ikon Autorun.inf dan ikon shortcuts timbul bersama folder dan fail sebenar. Delete semua fail autorun.inf dan semua ikon shortcuts tersebut. Hati-hati jangan Delete fail sebenar, hanya yang shortcuts saja yang perlu di Delete
Selepas Itu Selesailah Masalah Anda !!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan