Penerangan:Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.
Penyelesaian:Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang.
- Gunakanperisian antivirus seperti Avira, AVG, Kaspersky dan lain-lain yang baik.
- Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options.
- Pada tab View,pastikan: Pilihan berada pada “Show hidden files and folders” Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan.
- Selepas itu pergi ke My Computer, klik butang Search di Toolbar dengan setting Advance,taipkan autorun.inf, klik search, selepas autorun dijumpai, DELETE kan system/filetersebut tersebut dalam Local Disk C\: dan Local Disk D\: sahaja.
- Restart komputer anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan